Saturday 6 February 2021

PAMERAN BERTEMA 2021

https://anyflip.com/wdily/ktzo/ 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sedar tak sedar sekolah telah dibuka selama 3 minggu pada tahun ini. Pusat sumber sekolah berhasrat menganjurkan beberapa aktiviti secara online memandangkan pembelajaran dan pengajaran hanya berlaku di rumah iaitu tanpa bersemuka kerana covid-19.

Menjelang ketibaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 12 Februari 2021, Pusat Sumber Sekolah mengadakan pameran Bertema CNY dan kuiz dalam talian. Murid boleh mendapatkan maklumat berkaitan Tahun Baru Cina melalui pameran yang diadakan kemudian menjawab kuiz dalam google form yang disertakan.


                    



Murid juga boleh membaca berkaitan sejarah perayaan utama bagi kaum Cina dmelalui anyflip yang telah disediakan.

Thursday 12 November 2020

RAK BUKU MAYA SK BATU MELINTANG

JOM MEMBACA DI RAK BUKU MAYA 

    Assalamualaikum. Setelah sekian lama tidak bersiaran, akhirnya dapat juga cikgu menyiapkan rak buku maya yang sedang viral pada masa kini lebih-lebih lagi di musim pkp kerana covid -19. Rak buku maya ialah pelbagai jenis bahan bacaan yang boleh di baca secara online.

    Rak Buku Maya ini dicipta bagi memudahkan murid mencari bahan bacaan secara online memandangkan sekolah khasnya pusat sumber dan juga Perpustakaan Desa ditutup. Murid dapat mengakses bahan bacaan pada bila-bila masa sahaja di rumah masing-masing tanpa keluar rumah. pelbagai jenis bahan bacaan yang terdapat di Rak Buku Maya SK Batu Melintang. Murid juga boleh mengisi Buku Nilam setelah selesai membaca dari Rak Buku Maya tersebut. 

    Di sini cikgu kongsikan link atau pautan bacaan yang boleh diakses 

Rak Buku Maya SK Batu Melintang 

Klik di sini 👉https://fliphtml5.com/bookcase/crean





    Hanya dengan klik link di atas murid boleh memilih mana-mana buku yang ingin dibaca. Semoga usaha yang dilakukan ini memberi manfaat kepada murid dan dapat diamalkan serta disebarkan kepada keluarga, rakan-rakan, serta masyarakat seluruhnya..

    Sekian terima kasih.  

Monday 20 April 2020

"JOM BACA BERSAMA"


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Salam PKP3.. Salam dari rumah ke rumah.. Pastikan #kitajagakita.. #kekaldirumah bersama keluarga #kitapastimenang #hapuscovid-19

Ambillah peluang berada di rumah dengan menambah ilmu melalui bacaan #jombaca apa sahaja bahan bacaan yang boleh memberi pengetahuan.. 

Apa yang menarik Program Jom Baca Bersama kali ini ialah anda boleh memuat naik gambar aktiviti anda sedang membaca secara sendirian mahupun bersama keluarga masing-masing. Lakukan aktiviti dengan seronok dan santai, kemudian muatnaik gambar di FB atau instagram. Pastikan ada tanda pagar seperti dalam gambar di bawah👇.. 

Selamat membaca 😊





Sunday 5 April 2020

RANCANGAN PENDIDIKAN SEPANJANG PKP 2020


Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama RTM telah mengambil inisiatif dengan menyiarkan rancangan TV pendidikan sepanjang PKP ini. Oleh itu semua murid boleh mengambil peluang untuk menonton rancangan ini sebagai aktiviti pembelajaran di rumah. 







Wednesday 1 April 2020

KEMPEN BULAN MEMBACA


MEMBACA JAMBATAN ILMU. JADIKAN TABIAT MEMBACA SEBAGAI AMALAN.
Sempena kedatangan bulan April, marilah sama-sama kita mengimarahkan tabiat membaca di rumah sebagai mengisi masa sepanjang musim pkp ini..


PAMERAN BERTEMA 2021

https://anyflip.com/wdily/ktzo/   Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sedar tak sedar sekolah telah dibuka selam...