Thursday 12 November 2020

RAK BUKU MAYA SK BATU MELINTANG

JOM MEMBACA DI RAK BUKU MAYA 

    Assalamualaikum. Setelah sekian lama tidak bersiaran, akhirnya dapat juga cikgu menyiapkan rak buku maya yang sedang viral pada masa kini lebih-lebih lagi di musim pkp kerana covid -19. Rak buku maya ialah pelbagai jenis bahan bacaan yang boleh di baca secara online.

    Rak Buku Maya ini dicipta bagi memudahkan murid mencari bahan bacaan secara online memandangkan sekolah khasnya pusat sumber dan juga Perpustakaan Desa ditutup. Murid dapat mengakses bahan bacaan pada bila-bila masa sahaja di rumah masing-masing tanpa keluar rumah. pelbagai jenis bahan bacaan yang terdapat di Rak Buku Maya SK Batu Melintang. Murid juga boleh mengisi Buku Nilam setelah selesai membaca dari Rak Buku Maya tersebut. 

    Di sini cikgu kongsikan link atau pautan bacaan yang boleh diakses 

Rak Buku Maya SK Batu Melintang 

Klik di sini 👉https://fliphtml5.com/bookcase/crean





    Hanya dengan klik link di atas murid boleh memilih mana-mana buku yang ingin dibaca. Semoga usaha yang dilakukan ini memberi manfaat kepada murid dan dapat diamalkan serta disebarkan kepada keluarga, rakan-rakan, serta masyarakat seluruhnya..

    Sekian terima kasih.  

PAMERAN BERTEMA 2021

https://anyflip.com/wdily/ktzo/   Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sedar tak sedar sekolah telah dibuka selam...